Cara Bayar PTPTN online guna Maybank

Umum

Cara Bayar PTPTN online guna Maybank

Jika anda ingin membuat pembayaran melalui Maybank, ikuti kaedah pembayaran yang berikut:

Pertama sekali, layari laman web Maybank Berhad, http://www.maybank2u.com.my/.

  1. Pastikan anda sudah mendaftar untuk ‘maybank2u’. Anda perlu memasukkan Login ID dan Password anda.
  2. Pilih ‘Pay’, kemudian pada ruangan ‘Pay From’, pilih ‘Savings Account-i
    Pada ruangan ‘Pay To’, pilih ‘Payee’. Pada ruangan di bawahnya, taipkan PTPTN, dan anda akan nampak 3 pilihan, iaitu PTPTN – Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN), PTPTN – Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan dan PTPTN – Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i PLUS).
  3. Pastikan anda memilih PTPTN -Bayaran balik pinjaman.
    Apabila anda membuat pilihan pembayaran balik pinjaman, akan ‘pop-up’ satu skrin untuk anda isikan ‘Amount’, ‘Borrower I.C No’, ‘Telephone No’ dan ‘Effective Date’.
  4. Nyatakan jumlah bayaran dan tarikh pembayaran yang anda ingin lakukan.
  5. Klik ‘Pay’ Anda boleh menambah akaun pembayaran ini sebagai ‘My Favorites’ dengan klik pada ruangan ‘+ Add New Favorite’ untuk memudahkan pembayaran secara berkala.
  6. Simpan resit untuk rujukan,beri kepada pegawai PTPTN EN Rasul untuk buat semakan dan terima surat pengesahan pembayaran PTPTN.

Leave a Comment

× Boleh kami bantu? Available from 07:00 to 22:00