Pelanggan SSPN berpeluang terima diskaun e-baucar sehingga 35 peratus
KUALA LUMPUR: Pelanggan yang membuka atau membuat penambahan simpanan dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dalam tempoh 1 Disember hingga hujung tahun ini, berpeluang menerima ganjaran SSPN dalam bentuk diskaun e-baucar sehingga 35 peratus. Ganjaran itu adalah menerusi kempen ‘Canggihlah Simpan di SSPN’ yang dilancarkan hasil kerjasama strategik antara Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) …