Nikmati Pelepasan Taksiran Cukai Sehingga RM8,000* Setahun!
Adakah Anda Tahu Tentang Pelepasan Cukai Pendapatan Untuk Simpan SSPN?
Pelepasan taksiran cukai pendapatan atas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM8,000 setahun layak dinikmati oleh pendeposit Simpan SSPN!

Kelebihan Pelepasan Taksiran Cukai
- Menggalakkan ibu bapa untuk membuat simpanan demi pendidikan masa depan anak
- Nikmati dividen tahunan yang kompetitif di dalam akaun Simpan SSPN
- Dana Kecemasan
Kenaikan Kadar Pelepasan Taksiran Cukai
Pelepasan taksiran cukai ke atas simpanan bersih tahun semasa dalam akaun Simpan SSPN dinaikkan daripada RM6,000 kepada RM8,000 setahun mulai tahun 2019.
Siapakah Yang Layak Mendapat Pelepasan Taksiran Cukai Melalui Simpan SSPN?
Ibu bapa kandung / ibu bapa angkat / ibu bapa tiri yang membuka akaun atau menambah simpanan Simpan SSPN Prime untuk anak (penerima manfaat).
*Individu yang menyimpan untuk diri sendiri TIDAK LAYAK untuk mendapat pelepasan taksiran cukai pendapatan.
Kategori Kelayakan
- Taksiran Berasingan –
Pelepasan taksiran cukai sehingga maksimum RM8,000 SEORANG setahun
2. Taksiran Bersama
Pelepasan taksiran cukai sehingga RM8,000 setahun