Pelanggan SSPN berpeluang terima diskaun e-baucar sehingga 35 peratus

Promosi

KUALA LUMPUR: Pelanggan yang membuka atau membuat penambahan simpanan dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dalam tempoh 1 Disember hingga hujung tahun ini, berpeluang menerima ganjaran SSPN dalam bentuk diskaun e-baucar sehingga 35 peratus.

Ganjaran itu adalah menerusi kempen ‘Canggihlah Simpan di SSPN’ yang dilancarkan hasil kerjasama strategik antara Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan syarikat jenama kelengkapan uniform sekolah, My-Sutera Sdn Bhd (My-Sutera).

Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid, berkata menerusi kempen itu, pelanggan boleh menebus diskaun digital untuk pembelian barangan jenama Canggih secara dalam talian menerusi laman web www.schoolmall.com.my.

DISYORKAN UNTUK ANDA

“Bagi mengurangkan kebergantungan masyarakat kepada pinjaman, PTPTN proaktif melaksanakan pelbagai promosi dalam usaha menggalakkan penabungan dalam SSPN bagi tujuan pendidikan tinggi.

Mula diperkenalkan pada 2004, SSPN yang kini terdiri daripada SSPN-i dan SSPN-i Plus menawarkan pelbagai manfaat menarik kepada pendeposit.

“Ini termasuk dividen yang kompetitif, pelepasan taksiran cukai berdasarkan simpanan bersih sehingga RM8,000 setahun, cabutan hadiah dan perlindungan takaful yang komprehensif sehingga RM1 juta.

“Sempena kolaborasi strategik antara PTPTN dan My-Sutera Sdn Bhd, kempen ‘Canggihlah Simpan di SSPN’ akan dilancarkan sebagai salah satu pendekatan untuk merancakkan amalan menabung dari seawal usia anak-anak.

“Melalui kempen ini, diharapkan dapat menarik minat ibu bapa menabung dalam SSPN, selain boleh mendapatkan kelengkapan sekolah berkualiti dengan harga lebih murah menerusi diskaun penjimatan ditawarkan,” katanya ketika berucap di Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara PTPTN dan My-Sutera serta Pelancaran Kempen ‘Canggihlah Simpan di SSPN’, di Menara PTPTN di sini, hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan; Pengerusi Kumpulan My-Sutera, Annas Ahmad dan Pengarah Eksekutif Kumpulan My-Sutera, Laila Satria Suhaimi.

Bagi jumlah deposit berjumlah RM500 hingga RM1,000, pelanggan berpeluang menerima 25 peratus kadar diskaun.

Diskaun 30 peratus untuk deposit lebih RM1,000 sehingga RM3,000 manakala 35 peratus membabitkan deposit melebihi RM3,000.

Dengan kerjasama ini, kedua-dua pihak bersetuju untuk mewujud dan meningkatkan hubungan dalam aspek pembangunan modal insan, tanggungjawab sosial korporat dan pembudayaan simpanan pendidikan.

PTPTN turut menerima sumbangan zakat perniagaan sebanyak RM30,000 daripada My-Sutera dalam bentuk akan SSPN-i kepada golongan asnaf

Turut dirancang termasuk program padanan kerjaya membabitkan pencarian vendor jahitan dalam kalangan peminjam PTPTN, pembukaan dan penambahbaikan akaun SSPN serta bayaran balik pinjaman pendidikan PTPTN melalui platform e-dagang MySutera, program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan pelbagai inisiatif lain bakal diusahakan bersama.

Untuk penambahan deposit SSPN pula, pelanggan boleh melakukan dengan mudah secara dalam talian di www.lovesspn.com

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/12/761482/pelanggan-sspn-berpeluang-terima-diskaun-e-baucar-sehingga-35-peratus?

Leave a Comment

× Boleh kami bantu? Available from 07:00 to 22:00