PELANJUTAN PENANGGUHAN BAYARAN BALIK PINJAMAN PTPTN (COVID-19)

FAQ

FAQSOALAN LAZIM

PELANJUTAN PENANGGUHAN BAYARAN BALIK PINJAMAN PTPTN (COVID-19)
  1. Apakah inisiatif PTPTN kepada peminjam yang masih menghadapi kesukaran membayar balik pinjaman selepas tempoh penangguhan secara automatik tamat pada 31 Disember 2020 berikutan penularan wabak COVID-19?
    Bagi membantu peminjam PTPTN yang masih menghadapi kesukaran meneruskan bayaran balik pinjaman berikutan penularan wabak COVID-19, PTPTN memberikan pelanjutan penangguhan bayaran balik kepada peminjam yang layak.

2. Adakah pelanjutan ini diberikan secara automatik sebagaimana penangguhan terdahulu?
Tidak. Peminjam yang layak perlu membuat permohonan dan pengesahan kendiri (self-declaration) secara dalam talian di Portal Rasmi PTPTN (www.ptptn.gov.my/PelanjutanBayaranBalikCovid19).

3. Siapakah yang layak memohon pelanjutan penangguhan bayaran balik COVID-19?
Peminjam yang layak memohon adalah seperti berikut:-
i. Peminjam yang kehilangan pendapatan iaitu diberhentikan pekerjaan dalam tempoh pandemik COVID-19; dan
ii. Peminjam yang terjejas pendapatan iaitu pendapatan berkurang dalam tempoh pandemik COVID-19.

4. Bilakah permohonan pelanjutan penangguhan bayaran balik COVID-19 ini boleh dilakukan?
Permohonan pelanjutan penangguhan bayaran balik COVID-19 boleh dilakukan mulai 5 Januari hingga 31 Mac 2021. Peminjam hanya dibenarkan menghantar permohonan sekali sahaja.

5. Berapa lama tempoh pelanjutan ini akan diberikan?
Pelanjutan penangguhan bayaran balik COVID-19 adalah selama 3 bulan bermula pada bulan kelulusan pelanjutan diberikan seperti jadual di bawah.

Bulan KelulusanTempoh Penangguhan (Bulan)
JanuariJanuari hingga Mac
FebruariFebruari hingga April
MacMac hingga Mei

6. Apakah maklumat yang perlu diisi oleh peminjam?
Peminjam dikehendaki mengisi maklumat perhubungan, maklumat pekerjaan serta membuat akuan kebenaran ke atas semua maklumat yang diberikan.

7. Apakah dokumen yang perlu disediakan oleh peminjam untuk memohon pelanjutan penangguhan bayaran balik COVID-19?
Tiada sebarang dokumen diperlukan.

8. Bagaimanakah PTPTN memaklumkan status permohonan kepada peminjam?
PTPTN akan memaklumkan status permohonan melalui e-mel yang dikemas kini semasa membuat permohonan dalam tempoh 3 hari bekerja selepas permohonan peminjam diterima.

9. Bagaimanakah rekod CCRIS peminjam sepanjang pelanjutan penangguhan bayaran balik COVID-19?
Rekod CCRIS peminjam adalah kekal seperti sebelum penangguhan dilaksanakan. Walau bagaimanapun, sekiranya peminjam membuat pembayaran balik, rekod akan dikemas kini berdasarkan bayaran yang dibuat.

10. Adakah permohonan pertukaran Ujrah(bagi pinjaman konvensional sahaja) boleh dilakukan dalam tempoh pelanjutan penangguhan bayaran balik COVID-19?
Boleh.

11. Adakah permohonan penstrukturan semula/ penjadualan semula/ penggabungan boleh dilakukan dalam tempoh pelanjutan penangguhan bayaran balik COVID-19?
Boleh. Walau bagaimanapun, peminjam yang diluluskan penstrukturan semula/ penjadualan semula/ penggabungan di dalam tempoh pelanjutan penangguhan bayaran balik COVID-19 adalah tidak layak menangguhkan bayaran balik dan hendaklah meneruskan bayaran sama ada melalui Potongan Gaji/ Direct Debit. Pelanjutan penangguhan yang telah diluluskan akan dibatalkan.
Contoh. Peminjam diluluskan pelanjutan penangguhan mulai Mac hingga Mei 2021. Sekiranya peminjam membuat rundingan bayaran balik seperti penstrukturan semula/ penjadualan semula dan penggabungan dalam tempoh pelanjutan penangguhan (Mac – Mei 2021), kelulusan pelanjutan penangguhan akan dibatalkan.

12. Adakah peminjam boleh membuat bayaran balik sepanjang tempoh penangguhan bayaran balik?
Boleh. Peminjam boleh membuat bayaran balik melalui saluran yang disediakan.

13. Adakah bayaran balik yang telah dibayar sebelum kelulusan pelanjutan penangguhan bayaran balik akan dipulangkan (refund) kepada peminjam?
Tiada pemulangan (refund) akan dibuat ke atas bayaran balik yang telah diterima sebelum kelulusan pelanjutan penangguhan.
Contoh: Peminjam telah membuat bayaran balik pada bulan 15 Februari 2021 dan memohon pelanjutan penangguhan bayaran balik pada 20 Februari 2021. Bayaran balik yang diterima pada bulan 15 Februari 2021 tidak akan dipulangkan.

14. Peminjam telah membuat bayaran balik pada 1 Februari 2021. Pada 25 Februari 2021, peminjam memohon pelanjutan penangguhan bayaran balik selepas majikan memberhentikan peminjam pada hari yang sama. Bilakah tempoh pelanjutan penangguhan bayaran balik akan diluluskan?
Tempoh pelanjutan penangguhan bayaran balik akan diluluskan mulai Februari hingga April 2021. Bayaran balik yang diterima pada bulan Februari 2021 tidak akan dipulangkan.

15. Sekiranya peminjam tidak terkesan dengan pandemik COVID-19 tetapi pasangan peminjam yang terkesan dengan pandemik COVID-19, adakah peminjam layak memohon pelanjutan penangguhan bayaran balik?
Tidak layak. Pelanjutan penangguhan bayaran balik COVID-19 hanya diberikan kepada peminjam PTPTN sahaja. Bagi situasi begini, peminjam dikehendaki berunding dengan PTPTN untuk penstrukturan semula pinjaman.

SOALAN LAZIM
PELANJUTAN PENANGGUHAN BAYARAN BALIK PINJAMAN PTPTN (COVID-19)


Sebarang pertanyaan sila hubungi PTPTN melalui salah satu kaedah berikut:-
i. Pusat Panggilan (Careline) di talian 03 2193 3000.
ii. Live chat di Portal PTPTN (www.ptptn.gov.my) atau wasap chat d- https://tabungpendidikan.com/
iii. Mengemukakan pertanyaan di pautan https://bit.ly/eAduanPTPTN.

Pegawai kami akan memberi maklum balas dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.


PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL
4 JANUARI 2021

Rujukan :

FAQ PELANJUTAN PENANGGUHAN BAYARAN BALIK PINJAMAN PTPTN (COVID-19)

KENYATAAN MEDIA -UNTUK SIARAN SEGERA

Leave a Comment

× Boleh kami bantu? Available from 07:00 to 22:00